Pencapaian



PENCAPAIAN AKADEMIK DAN KOKURIKULUM

AKADEMIK

Merujuk kepada pencapaian akademik sekolah iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR ) dari tahun 2004 hingga tahun 2008,
secara keseluruhannya  pencapaian terbaik sekolah di dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah   ( UPSR ) adalah pada tahun 2005,
 2006 dan 2007. Pada tahun 2005, UPSR sekolah telah mendapat peratus keseluruhan 57.1 % dan 2 orang murid telah berjaya mendapat keputusan cemerlang 5A begitu juga pada tahun 2006, di mana 2 orang murid juga telah berjaya mendapat keputusan cemerlang 5A dengan peratus keseluruhan yang sama 57.1%. Pada tahun 2007 terdapat peningkatan sebanyak 0.04%  menjadikan keputusan keseluruhan 57.14%. Ini jelas menunjukkan komitmen dan usaha semua warga SK. Bukit Balai bagi merealisasikan Visi sekolah Cemerlang 2011 akan dapat dicapai. Pada masa yang sama pelbagai jenis anugerah telah dicapai dalam tempoh masa 2004 hingga 2008 di antaranya adalah seperti berikut :


1.   SIJIL USAHA GIGIH JABATAN PELAJARAN NEGERI SARAWAK - bagi pencapaian UPSR 2004

2.   SIJIL USAHA GIGIH JABATAN PELAJARAN NEGERI SARAWAK - bagi pencapaian UPSR 2005.

3.   SIJIL PENGIKTIRAFAN USAHA GIGIH SEKOLAH 2005 PEJABAT PELAJARAN GABUNGAN BINTULU - Bagi pencapaian UPSR 2005.

4.   ANUGERAH USAHA GIGIH PEJABAT PELAJARAN GABUNGAN BINTULU - sempena Perayaan Hari Guru Peringkat Bahagian Bintulu 2006 di atas peningkatan dalam peratus keseluruhan UPSR 2005

5.   ANUGERAH KUALITI AKADEMIK PEJABAT PELAJARAN GABUNGAN BINTULU 2006 - Bagi pencapaian UPSR 2005



KOKURIKULUM

Pencapaian Kokurikulum sekolah sememangnya sesuatu yang semua warga SK. Bukit Balai dan warga Tubau boleh banggakan. Menjuarai Kejohanan MSSR Zon Sebauh dari tahun 2003-2008. Menunjukkan dominasi atlet- atlet SK. Bukit Balai dalam bidang Kokurikulum. Pada tahun 2007, SK Bukit Balai telah dianugerahkan ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG KOKURIKULUM oleh Pejabat Pelajaran Gabungan Bintulu sebagai penghargaan di atas segala pencapaian sekolah di dalam bidang kokurikulum. Sekolah kita juga tidak ketinggalan dalam turut mengelolakan pelbagai pertandingan/ kejohanan untuk peringkat daerah dan turut menghantar pasukan-pasukan bagi mewakili daerah dan bahagian di dalam pelbagai pertandingan yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Gabungan Bintulu atau Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak. Pencapaian yang paling membanggakan pihak kita ialah apabila adik LIZBERTH TAN MEI LING memenangi pingat Emas dalam acara Lompat Tinggi Perempuan 11 Tahun sekaligus mencipta rekod baru bagi Kejohanan MSSR negeri Sarawak dengan lompatan setinggi 1.28 m.




















PAUTAN