Info




Guru Besar
Encik Mangai Ak Tugau


PRAKATA

Bersyukur kita ke hadrat TUHAN yang Maha Esa kerana dengan izin dan limpah Kurnia-NYA, kita berjaya menyediakan Blog Sekolah ini. . Maklumat yang terkandung dalam blog ini mencakupi semua bidang. yang telah dicapai sejak 2004 hingga 2011.
Dengan adanya blog ini diharap kita dapat  bersama-sama mengambil iktibar atas setiap kelebihan dan kekurangan yang lepas, yang pernah kita perolehi dan miliki. Maka sama-samalah kita menggembeleng tenaga bagi melaksanakan apa juga yang telah di rancang agar menjadi kenyataan demi merealisasikan kehendak Falsafah Pendidikan Negara dan menjadi sekolah yang bakal melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan berakhlak mulia sejajar dengan visi dan misi sekolah.

Terima kasih,



MANGAI ANAK TUGAU
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Bukit Balai,
97100 Bintulu.

___________________________________________________________________________________


LATAR BELAKANG SEKOLAH

Sejarah sekolah ini bermula pada tahun 1958. Dimana sekolah ini dibina dan dikenali sebagai Local Authority School, Tubau, dengan murid seramai 21 orang disertai seorang guru sahaja pada masa itu. Sekolah ini dibina diatas bukit berhampiran dengan Sungai Tubau. Pada masa kini, tempat ini digunakan untuk Balai Polis.

          Pada tahun 1964, sekolah ini dipindahkan ke tapak yang baru dan diberi nama Central Upper Primary School Tubau atau C U P School Tubau. Bangunan baru telah dibina diatas bukit juga lebih kurang 100 meter dari pekan Tubau. Pada masa kini, tapak tanah ini digunakan untuk bangunan asrama lelaki.

          Pada tahun 1965, sebuah bangunan lagi dibina di lereng bukit yang mempunyai 6 buah bilik darjah (bangunan sekolah blok lama pada masa sekarang).

          Dalam mempertingkatkan bilangan serta tahap prasarana sekolah, pada tahun 1980, tiga buah blok baru telah dibina oleh Jabatan Kerja Raya iaitu bangunan untuk Asrama Perempuan, bilik darjah, dapur serta dewan makan. Sebuah rumah (Quartes Kelas IV) juga telah dibina untuk Guru Besar. Semua bangunan ini siap dibina pada tahun 1981. Pada tahun 1984
dan tahun 1990 beberapa unit rumah guru telah dibina melalui projek gotong-royong dan projrk- projek pembinaan kecil oleh Jabatan Pelajaran Daerah Bintulu.
         
Sejak tahun 2000, wajah sekolah mulai berubah dengan pembinaan beberapa bangunan baru seperti Rumah Guru
 ( Sebiro ), kerja- kerja penyelenggaraan oleh Pejabat Residen di bawah Projek FIAS dan PIAS selain daripada projek penyelenggaraan oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Sebauh dan Pejabat Pelajaran Gabungan Bintulu. Di antara projek- projek itu adalah pembinaan Asrama Lelaki, Makmal Komputer, Bangunan Prasekolah dan pembekalan Janakuasa Berkuasa Tinggi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

          Kita amat berharap agar Jabatan Pelajaran akan terus berusaha untuk menaik taraf kesemua bilik darjah , asrama, blok pentadbiran untuk menyediakan kemudahan fizikal yang sebaik mungkin untuk memenuhi keperluan murid dan guru sekolah ini.

___________________________________________________________________________________

Maklumat Asas
Kod Sekolah : YBE9108
Gred Sekolah : A
Lokasi : Pedalaman
Sesi Persekolahan : Pagi
Alamat Sekolah : d/a Pej.Pel.Daerah Sebauh,Bintulu, Sarawak
Tarikh Ditubuhkan : 1958.
Jenis Asrama : Asrama Sekolah Harian
Sumber Elektrik : Janakuasa 24 Jam
Sumber Air : Loji Pam
PPD : Sebauh
Kawasan Parlimen : Kemena
Jumlah Guru Tahun 2011: 26 orang
Jumlah AKS Tahun 2011: 14 orang
Jumlah Kelas Tahun 2011: 14 kelas
Enrolmen Keseluruhan Pelajar Tahun 2011: 365 orang (Januari 2011)
Enrolmen Pelajar Asrama Tahun 2011: 312 orang (Januari 2011)
___________________________________________________________________________________

Logo Sekolah dan Pengertian warna

             warna                                             Pengertian


Perpaduan Kaum : Kepelbagaian etnik pelajar di
sekolah ini dan mewujudkan keharmonian,
semangat kerjasama dan hormat- menghormati antara etnik.


Semangat membara para pelajar dalam persaingan yang sihat untuk mendapatkan ilmu.



Suasana sekolah yang ceria serta wujudnya persekitaran yang kondusif bagi mengalakan penguasaan ilmu


Peningkatan kemudahan dan prasarana sekolah selaras dengan kehendak dan keperluan pelajar.
























SK. BUKIT BALAI

NAMAMU KU SANJUNG
MENDIDIK ANAK BANGSA
PUTERA PUTERI WATAN TUBAU
ITULAH SK BUKIT BALAI

WAHAI PUTERA PUTERI
TUNTUTLAH ILMU WALAU DIMANA
WALAU APA RINTANGAN
HADAPILAH DENGAN KESABARAN

COGAN KATA
KEGIGIHAN ASAS KEJAYAAN
MENJADI INSPIRASI
UNTUK MENGUATKAN SEMANGAT

KEPADA PENDIDIK SEMUA
CURAHKAN ILMU YANG ADA
SELAGI HAYAT
JASAMU AKAN TETAP DIKENANG


___________________________________________________________________________________

SENARAI PENEMPATAN MURID
SK. BUKIT BALAI




BIL.
NAMA RUMAH/ TEMPAT
BIL.
NAMA RUMAH/ TEMPAT
01.
RH. JAM - RASAN
21.
RH. ULOI - BATU 19
02.
RH. RENTAP - RASAN
22.
RH. KETI - JELALONG
03.
RH. NUGA - RASAN
23.
RH. DING JANGAN - LONG BANGAN
04.
RH. BILLY - RASAN
24.
KASTIMA CAMP LOG POND
05.
RH. SLAN - ENGKASU
25.
LAGI CAMP SAWMILL
06.
RH. BERAOH- ENGKASU
26.
RH. AING - JELALONG
07.
RH. BULI ( MERAMAT ) - KELABAI
27.
SANY CAMP LOG POND
08.
RH. AGUSTINE LATENG
28.
ALL KEY CAMP
09.
RH. LAUT - TUBAU
29.
KAMPUNG MELAYU TUBAU
10.
RH. AWAI - TUBAU
30.
LAKU WATER  BOARD TUBAU
11.
RH. PATRICK KEBING - TUBAU
31.
SAMLING LOG POND/TAMEX
12.
RH. WAN USIN - TUBAU
32.
REJANG LOGGING
13.
RH. PENGHULU JOSHUA
33.
RIMBUNAN HIJAU CAMP
14.
RH. LASAH TUVA - JELALONG
34.
REALLYWOOD CAMP
15.
RH. LASAH MERING - PESU
35.
RH. ASSAN
17.
RH. ASSAN - JELALONG
37.
KLINIK KESIHATAN TUBAU
18.
RH. MERING TUVA - TUBAU
38.
SK. BUKIT BALAI
19.
RH. GONG - TUBAU


20.
RH. MATHEW LENJAU - BATU 12


___________________________________________________________________________________
KEMUDAHAN FIZIKAL SEKOLAH
MAKLUMAT KEMUDAHAN FIZIKAL SEPERTI PADA 01 JANUARI 2011



BIL.
A. PENTADBIRAN
BILANGAN UNIT
CATATAN
1.
BLOK SEKOLAH
2 BLOK/UNIT
BINAAN KAYU/SIMEN
2.
BILIK GURU BESAR
1 BUAH
BINAAN KAYU
3.
BILIK PEMBANTU TADBIR
1 BUAH
BINAAN KAYU
4.
BILIK PENOLONG KANAN
3 BUAH
BINAAN KAYU
5.
BILIK REHAT GURU/KAKITANGAN
1 BUAH
BINAAN KAYU             (UBAH SUAI )
6.
BILIK GURU
1 BUAH
BINAAN KAYU
7.
PUSAT SUMBER
1 BUAH
BINAAN KAYU
8.
BILIK BOSS
1 BUAH
BINAAN KAYU             (UBAH SUAI )
9.
BILIK PEMULIHAN
1 BUAH
BINAAN KAYU              (UBAH SUAI )
10.
ASRAMA LELAKI
2 BUAH
BINAAN KAYU
11.
ASRAMA PEREMPUAN
1 BUAH
BINAAN KAYU
12.
DEWAN MAKAN
1 BUAH
BINAAN KAYU/SIMEN
13.
DAPUR
1 BUAH
BINAAN KAYU
14.
MAKMAL KOMPUTER
1 BUAH
SIMEN ( BELUM DISERAHKAN )
15.
KUARTERS GURU/KAKITANGAN
10 BUAH
BINAAN KAYU
BIL.
B. AKADEMIK
BILANGAN UNIT
CATATAN
1.
BILIK DARJAH
9 BUAH ASAS
BINAAN KAYU/SIMEN
2.
BILIK DARJAH
3 BUAH
BINAAN KAYU/SIMEN           ( UBAH SUAI )
3.
PRA SEKOLAH
2 BUAH
BINAAN KAYU
BIL.
C. SUKAN
BILANGAN UNIT
CATATAN
1.
PADANG BOLASEPAK
1

2.
GELANGGANG SERBAGUNA
1
INISIATIF PIBG
BIL.
D. SUMBER KEPERLUAN ASAS
BILANGAN UNIT
CATATAN
1.
BEKALAN ELEKTRIK (JANAKUASA BESAR )
4 UNIT
PROJEK BEKALAN ELEKTRIK KAWASAN PEDALAMAN ( KPM )
2.
BEKALAN AIR
-
LAKU, TUBAU
BIL.
E. KEMUDAHAN LAIN
BILANGAN UNIT
CATATAN
1.
TANDAS MURID LELAKI
2 UNIT( 7 BILIK )
BINAAN KAYU/SIMEN
2.
TANDAS MURID PEREMPUAN
1 UNIT               ( 5 BILIK )
BINAAN KAYU/SIMEN
3.
TANDAS GURU/KAKITANGAN
1 BILIK
BINAAN KAYU/SIMEN
4.
BILIK GYMNASIUM
1 BILIK
UBAHSUAI

PAUTAN