Merujuk kepada
pencapaian akademik sekolah iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR ) dari
tahun 2004 hingga tahun 2008,
secara keseluruhannya pencapaian terbaik sekolah di dalam Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR ) adalah pada tahun 2005,
2006
dan 2007. Pada tahun 2005, UPSR
sekolah telah mendapat peratus keseluruhan 57.1
% dan 2 orang murid telah
berjaya mendapat keputusan cemerlang 5A
begitu juga pada tahun 2006, di mana
2 orang murid juga telah berjaya
mendapat keputusan cemerlang 5A
dengan peratus keseluruhan yang sama 57.1%.
Pada tahun 2007 terdapat peningkatan
sebanyak 0.04% menjadikan keputusan keseluruhan 57.14%. Ini jelas menunjukkan komitmen dan
usaha semua warga SK. Bukit Balai bagi merealisasikan Visi sekolah Cemerlang
2011 akan dapat dicapai. Pada masa yang sama pelbagai jenis anugerah telah
dicapai dalam tempoh masa 2004 hingga 2008 di antaranya adalah seperti berikut
:
1. SIJIL USAHA GIGIH JABATAN PELAJARAN NEGERI SARAWAK - bagi pencapaian UPSR 2004
2. SIJIL USAHA GIGIH JABATAN PELAJARAN NEGERI SARAWAK - bagi pencapaian UPSR 2005.
3. SIJIL PENGIKTIRAFAN USAHA GIGIH SEKOLAH 2005
PEJABAT PELAJARAN GABUNGAN BINTULU -
Bagi
pencapaian UPSR 2005.
4. ANUGERAH USAHA GIGIH PEJABAT PELAJARAN
GABUNGAN BINTULU - sempena Perayaan Hari Guru Peringkat Bahagian Bintulu 2006 di atas peningkatan
dalam peratus keseluruhan UPSR 2005
5. ANUGERAH KUALITI AKADEMIK PEJABAT PELAJARAN GABUNGAN
BINTULU 2006 - Bagi pencapaian UPSR 2005